Proses pengeringan

Untuk pengeringan rumpai laut yang kering, terdapat beberapa proses yang berlaku terhadap rumpai laut.
Setiap rumpai laut akan berubah mengikut fasa-fasa, dan perbuahan berlaku dari segi warna dan texturenya. 

Untuk Gred AA(putih)

Untuk gred AA(putih) proses pengeringan menggunakan kaedah penyejatan atau pengewapan. Sebelum proses pengeringan, warna asal rumpai laut adalah hijau-coklat.

Warna asal rumpai laut

  • Fasa 1 - Pada fasa 1, warna rumpai laut ialah putih + sedikit kekuningan yang terdapat pada rumpai laut. Usia kesegaran dan warna dari 1 hingga 7 hari atau lebih.
  • Fasa 2 - Pada fasa 2, warna rumpai laut berubah kepada warna kuning. Usia kesegaran dan warna dari 1 minggu - 1 bulan atau lebih.
  • Fasa 3 - Pada fasa 3, warna rumpai laut berubah ke warna coklat muda. Usia kesegaran dan warna dari 1 bulan - 5 bulan.
  • Fasa 4 - Pada fasa 4, warna bertukar kepada warna kuning emas. Usia kesegaran dan warna dari 5 bulan - 1 tahun.
Sample rumpai laut mengikut fasa

Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu eucheuma cottonii / Tambalang brown green. Sistem pengeringan rumpai laut yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang kurang dari rumpai laut kering gred AAA. Kemungkinan 60- 70% dari rumpai laut segar. Warna bertukar berperingkat - peringkat  / fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini.


Untuk Gred AAA(ungu)

Untuk Gred AAA(ungu) pula, proses pengeringan menggunakan kaedah penjemuran angin panas(menggantung rumpai laut & menggunakan tiupan angin). Sebelum proses pengeringan, warna asal rumpai laut untuk gred AAA ialah coklat merah.

warna asal rumpai laut

  • Fasa 1 - pada fasa ini, warna rumpai laut ialah ungu pudar. Warna atau peringkat ini dikatakan bahawa kadar kandungan dioksidanya adalah tinggi. Usia dan kesegaran bertahan 1 - 30 hari.
  • Fasa 2 & 3 - warna permulaan kering(ungu pudar) bertukar sepenuhnya kepada violet kemerahan dan coklat muda. Usia dan kesegaran warna dari 1 - 3 bulan atau lebih.
  • Fasa 4 & 5 -  warna daripada violet kemerahan dan coklat muda dari fasa 2 & 3 akan berubah ke coklat dan coklat gelap. Warna atau peringkat akhir ini dikatakan bahawa ia mempunyai kadar serat yang tinggi. Usia dan kesegaran bertahan dari 3 - 4 bulan hingga 1 tahun
Sample mengikut fasa

Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu eucheuma cottonii / Tambalang red brown. Sistem pengeringan rumpai laut kering yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang hampir menyamai asal dalam 80 - 90% dari rumpai laut segar. Warnanya bertukar dari fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini.

No comments:

Post a Comment